SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

23 May 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017

Sambutan Hari Guru telah diadakan di SMKBS pada tarikh 23 Mei 2017. Majlis ini telah berlangsung dengan meriah dan beraneka warna dengan pakaian yang bertemakan "Desa Tercinta". Aktiviti bacaan perutusan oleh barisan pentadbir dan ikrar guru serta nyanyian dimulakan terlebih dahulu.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang majlis Hari Guru ini. Antara acara yang melibatkan guru ialah pertandingan memasak, bermain bola sepak dan lain-lain. Terdapat juga persembahan daripada pelajar seperti nyanyian nasyid, drama dan pelbagai lagi.
Seluruh warga SMKBS ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah banyak berbakti kepada sekolah. Terima kasih, cikgu. Jasamu dikenang selalu!

No comments: