SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

06 May 2017

Hari Keluarga & Pertandingan Boling KGK SMKBS 2017

Hari Keluarga untuk para guru SMKBS telah diadakan pada hari Sabtu bertarikh 6 Mei 2017 di Kelab Golf, Bukit Beruntung. Hari Keluarga ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Karim bin Ihwan selaku Pengetua SMKBS. Pertandingan yang telah dipertandingkan pada majlis ini ialah pertandingan boling, sesi pembelajaran berenang dan juga sukaneka mengikut kategori iaitu kanak-kanak serta dewasa. Semua pertandingan telah berakhir lebih kurang pukul 11.00 pagi. Selepas itu, para guru serta keluarga mereka dihidangkan makanan tengahari. Pada masa yang sama, acara penyampaian hadiah turut berjalan. Majlis ini berakhir lebih kurang pada pukul 1.00 petang.












No comments: