SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

21 January 2009

Selamat Bersara Puan Pengetua

Warga SMKBS mengucapkan selamat bersara kepada Puan Maimunah Binti Nazarene selaku Pengetua SMK Bukit Sentosa.

Majlis Persaraan Pengetua

Salam warga SMKBS, pihak webmaster terasa akan kehilangan seorang pemimpin berwibawa. majlis persaraan pengetua SMKBS, Pn. Hjh, Maimunah Bt. Nazarene akan tiba esok 22 Januari 2009. Beliau akan bersara wajib.
Semua warga SMKBS dalam keadaan sayu dan sedih atas kehilangan seorang pemimpin yang menjiwai hati setiap warga SMKBS. Semoga Puan pengetua tidak jemu-jemu mencurahkan nasihat dan khidmat selepas persaraan. 
Bagi semua warga SMKBS mengucapkan selamat bersara, semoga hidup dalam keadaan sejahtera dan sentosa.

16 January 2009

Kejohanan Merentas Desa 2009

Kejohanan merentas desa SMK Bukit Sentosa telah diadakan pada 16 Januari 2009. Tahniah dan syabas kepada semua rumah-rumah sukan kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan kejohanan kali ini. Majlis penutupan kejohanan merentas desa telah disempurnakan oleh NYDP PIBG, En Azman Omar.
Syabas dan tahniah kepada rumah MERAH kerana menjadi juara keseluruhan. komitmen guru dan pelajar yang jitu dapat membuahkan hasil yang sempurna. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada rumah Merah.
Kejohanan ini juga dapat memupuk warga SMKBS, bersaing untuk menjadi cemerlang. Aktiviti ini juga membolehkan seluruh pelajar berpadu tanpa mengira berbezaan kaum. Masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang lahir dari tubuh badan yang sihat. 
Sekali lagi ucapan syabas dan tahniah kepada semua warga SMKBS dalam menjayakan kejohanan merentas desa tahun 2009.

05 January 2009

Selamat Kembali Ke SMK Bukit Sentosa

Kepada semua warga SMK Bukit Sentosa diucapkan selamat kembali ke SMKBS, semoga dengan tahun yang baru dan azam yang baru. Bersama mewujudkan budaya cemerlang.