SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA
🏠 HOME PENTADBIRAN GURU/STAFF TENTANG SMKBS SEJARAH SMKBS ALAMAT SMKBS TAKWIM 2017

27 February 2013

Hadiah Hari Lahir...

Kelab Guru dan Kakitangan dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan majlis penyampaian hadiah hari lahir bersempena dengan konsep sekolah penyayang. semua guru dan pelajar yang lahir pada bulan 1 dan bulan 2 diberikan hadiah. Terima kasih!!




Pertandingan Tilawah & Hafazan Peringkat Sekolah

Tarikh: 22 Februari 2013
Masa:8.00 pg - 10.00 pg
Tempat: Surau SMKBS

Panitia Pendidikan Islam SMKBS sekali lagi telah menganjurkan pertandingan Tilawah dan Hafazan peringkat sekolah bagi mencungkil bakat pelajar-pelajar. penyertaan daripada pelajar amat menggalakkan. Pengadil untuk pertandingan ini ialah Ustaz Abdul rashid, Ustazah Zuraidah, Ustazah Siti Ngamaliah dan Ustazah Fauziah.





Majlis Interaktif Bersama Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 3

Tarikh: 23 Februari 2013
Masa: 7.30 - 12.00 Tengah Hari
Tempat: Dataran Budi SMKBS

Program Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan luar sekolah demi kecemrlangan masa hadapan negara. SMKBS menganjurkan majlis sebegini bagi merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa pelajar dan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka untuk saling berbincang demi mencari jalan terbaik agar anak2 anak cemerlang dalam semua aspek. 








19 February 2013

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar

Tarikh: 19 Februari 2013
Tempat: Dataran Budi
Perasmi: En. Bakari Bin. Abu Bakar (Naib YDP PIBG SMKBS)

Majlis ini bertujuan mengiktiraf pelajar yang berbakat menjadi pemimpin di sekolah agar dapat menimbulkan rasa dihargai dan semangat untuk menjalankan tugas dengan baik.
Tahniah kepada semua pelajar yang menerima watikah pelantikan. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh komited dan bertanggungjawab. 






MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG & WARGA EMAS

Tarikh: 18 Februari 2013
Tempat: Dataran Budi
Dirasmikan Oleh: Tn. Hj. Abdul Karim B. Ihwan (Pengetua SMKBS)

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih dan sayang di sekolah.







05 February 2013

Program Bicara Hati

Tarikh: 06/02/2013
Hari: Rabu
Tempat: Teduhan Kasih, Dataran Budi SMKBS

Program Bicara Hati merupakan program di bawah anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Semoga objektif program ini untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang tinggi dan melahirkan pelajar SMKBS yang berketrampilan baik dalam semua aspek akan tercapai



















Kejohanan Catur Peringkat MSSD Hulu Selangor

Tarikh Pertandingan: 30 & 31 Januari 2013
Tempat: SMK Taman Bunga Raya 1

Pencapaian:
 JOHAN (berdasarkan pingat)
NAIB JOHAN( berdasarkan mata)

Tahniah kepada semua pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah..setinggi-tinggi penghargaan juga kepada guru penasihat catur sekolah.





Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Selangor

Tarikh: 01/02/2013
Tempat: SMK Kg Soeharto & SK Kg Soeharto
Pencapaian:
Lelaki Kelas 1(L1) - Naib Johan Keseluruhan (berpasukan)
Perempuan Kelas 1 (P1) - Johan Keseluruhan (berpasukan)
Lelaki Kelas 2 (L2) - Ke-3 Keseluruhan (berpasukan)

Tahniah kepada semua atlit merentas desa yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Daerah. Semoga berjaya kepada atlit yang akan membawa nama SMKB ke peringkat negeri di Sabak Bernam pada 23/02/2013 nanti..