SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

30 September 2007

KURSUS APLIKASI ICT SMKBS 2007


Kursus Aplikasi ICT bagi guru-guru SMKBS telah dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 1 - 4 Oktober 2007
Tempat: Makmal Komputer

Peserta kursus sedang khusyuk melakukan penyuntingan grafik melalui Adobe Photoshop.

06 September 2007

Majlis Konvokesyen SMKBS Tahun 2007

Tarikh : 8 September 2007 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu

Semua warga smkbs dijemput menghadiri majlis konvokesyen SMKBS 2007. SMKBS merupakan satu-satu sekolah yang mengadakan majlis konvokesyen untuk pelajar-pelajar tingkatan lima. majlis ini diadakan adalah untuk memberikan motivasi diri kepada pelajar tingkatan lima supaya lebih memantapkan diri dalam pelajaran agar dapat memasuki menara gading. SZecara tidak langsung majlis konvokesyen ini mirip-mirip konvokesyen yang diadakan di universiti-universiti.

Kepada pelajar tingkatan lima, harapan kami agar dapat meningkatkan diri dan berjaya dalam peperiksaan SPM 2007.

"Selamat Berjaya"

25 July 2007

KURSUS MSS SCHOOLNET

semua penyelaras makmal berkursus di SK bandar baru sg buaya. tujuan kursus adalah untuk mengetahui perjalanan mss schoolnet.

23 July 2007

Khemah Membaca Hulu Selangor


Khemah Membaca Hulu Selangor telah diadakan di Makmal Komputer SMK Bukit Sentosa. Khemah ini adalah anjuran PKG Sungai Choh. Pihak Makmal Komputer SMKBS mengucapkan selamat datang dan selamat berkhemah kepada semua peserta dan guru pengiring yang hadir.


Tarikh: 24 JULAI 2007 (Selasa)

Masa: 8.00am - 4.00pm

Tempat: Makmal Komputer SMKBS



11 July 2007

Makmal Komputer SMK Bukit Sentosa
Makmal Komputer SMKBS telah ditadbir oleh pengetua sebagai pengerusi dan Pen. Kanan Kurikulum Sebagai Naib Pengerusi dan En. Muslimin Sebagai Setiausaha (Penyelaras Makmal), Puan Habibah sebagai Naib Setiausaha (Pen. Penyelaras Makmal), Puan Rofidah Sebagai Bendahari dan Enam orang ahli jawatankuasa yang memegang potfolio masing-masing.
Makmal SMKBS bertindak sebagai pemudahcara kepada guru-guru untuk menambahkan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat. Guru-guru SMKBS amat merupakan guru-guru yang berketerampilan dalam menggunakan alatan teknologi. peningkatan kursus-kursus profesionalisme untuk guru-guru adalah bertujuan meningkatkan lagi kemahiran guru-guru dalam ict.
Terima kasih kepada semua guru SMKBS yang menyokong tenaga dan bakti terhadap makmal SMKBS.
TQ......
(Penyelaras Makmal)

09 July 2007

VlSI SEKOLAH
SMKBS Terunggul di Hulu Selangor Menjelang 2007

MISI SEKOLAH
Berusaha dengan perancangan yang berterusan bagi menghasilkan suasana pembelajaran yang sempurna untuk melahirkan warga SMKBS yang memiliki jati diri dan mengamalkan budaya cemerlang serta penyayang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan