SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA
🏠 HOME PENTADBIRAN GURU/STAFF TENTANG SMKBS SEJARAH SMKBS ALAMAT SMKBS TAKWIM 2017

25 September 2009

UCAPAN SALAM AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
DARIPADA

WARGA SMK BUKIT SENTOSA










24 August 2009

Kursus Pemantapan ICTL Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor



Pelajari penggunaan perisian "PhotoScape"..



Tujuan :


1. Memudahkan edit gambar


2. Memudahkan proses upload gambar ke internet; kerana disimpan dalam format JPEG


3. Mencantikkan proses dokumentasi > dalam bentuk hardcopy



Contoh output gambar dengan menggunakan PhotoScape:





Kepada guru-guru yang berminat boleh dapatkan perisian ini daripada Guru ICT @ download daripada internet.
Sekian terima kasih.



Jalani ibadah Puasa dengan penuh keikhlasan & ketakwaan

Salam Ramadhan Al Mubarak
buat semua warga SMKBS.
Semoga semua amalan yang kita lakukan
diberkati dan dirahmati Allah swt.
Sekadar tatapan ; limpahan cahaya rahmat di bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak.


23 August 2009

Fadilat Solat sunat Terawikh

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:

Malam 1
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11
Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".

Keunikan Score A

Apakah Score A Programme™ ?
Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.


Ciri-ciri Unik Score A Programme™

11 August 2009

Ramadhan Al-Mubarak Kembali



Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

10 LANGKAH MENYAMBUT RAMADHAN

1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat. Dengan keadaan sehat, kita bisa melaksanakan ibadah secara maksimal di bulan itu, baik puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan karunia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Artinya, ya Allah, karuniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas karunia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam kondisi sehat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad). Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktifitas-aktifitas kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orangorang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al- Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:
~ buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur.
~ membagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Selamat berkursus Pengurusan Makmal ICT fasa 3

Bertempat : SK KLIA, Sepang
Tarikh : 11-13 Ogos 2009
Pengisian :Kursus Pendedahan Penggunaan Peralatan ICT Makmal Komputer Baru

08 August 2009

Majlis Penutupan Minggu PSS

Sekalung Penghargaan & ucapan tahniah kepada warga SMKBS kerana telah menjayakan minggu PSS dengan gemilangnya.
Acara penutup akan diadakan pada hari Isnin bersamaan 10 Ogos 2009 di tapak perhimpunan Dataran Budi.

03 August 2009

Ucapan Terima Kasih

Terima kasih kepada jawatankuasa PSS dan Jawatankuasa ICT SMK Bukit Sentosa kerana telah mengemaskinikan laman blog sekolah. Semoga dengan kerjasama yang jitu dapat yang ringan kita jinjing, yang berat kita pikul bersama...

Terima kasih sekali lagi....

29 July 2009

Wah.. Tekun la pelajar SMKBS mereka cipta Slide power Point..







Foto-foto dirakam semasa pertandingan reka cipta slide presentation sempena minggu PSS.

Bertempat di makmal Turion.

Mari kita lihat...




















28 July 2009

Minggu PSS 27-31/07/09




Program Derma la buku..


Seorang sebuah buku ajer.. tapi yang masih boleh dibaca, jgn yang dh kulit tercabut dr isinyer.. hehe


cuba tgk imej di atas; betapa susahnya nak menjilidkan sesebuah buku.
Oleh yang demikian, kita hendaklah menghargai sesebuah buku yang ada dalam simpanan kita..
Simpan-simpan juga tapi jangan sampai dimakan oleh ulat buku.,
ok selamat hari PSS :)

PROGRAM PERPUSTAKAAN NEGARA BERSAMA SMKBS


Sesi bergambar;
Pegawai Perpustakaan Negara
bersama Guru & Pelajar SMKBS
Pada 17 JUN 2009

14 May 2009

Selamat Menjadi Warga SMKBS

Selamat datang kepada pengetua baru SMKBS En. Mat Jah Bin Roslan dari Kuala Langat. Salam jua kerana menjadi warga SMKBS. Semoga dengan kehadiran pengetua baru SMKBS akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
sekali lagi selamat datang Pengetua Baru....

22 March 2009

Pertandingan Kompang Selawat Daerah Hulu Selangor



Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Bukit Sentosa pada 4 Mac 2009.  Tahniah diucapkan kepada semua peserta!

Bermulanya KOKURIKULUM


Setelah bercuti di pertengahan penggal 1, kini bermulalah kegiatan kokurikum SMKBS. Semua warga SMKBS jangan terus tertinggal kegiatan kokurikulum.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Kepada warga SMKBS selamat kembali ke sekolah setelah seminggu bercuti. Musim baru kini bermula suku tahun telah telah dihabiskan kini bermula semangat baru gerakan kokurikulum berjatih kembali....
Semakin rancak serangan aktiviti di masa menuju setengah tahun pertama. Jangan leka diulit mayang kepada warga SMKBS yang sememangnya cemerlang dan terunggul teruskan usaha anda untuk teruskan kegemilangan SMKBS. Semoga SMKBS menjadi sebutan di seluruh bibit setiap mulit penghuni bumi Malaysia....
Sekali lagi selamat kembali ke sekolah.

18 February 2009

MAJLIS SUKAN SEKOLAH

Kejohanan sukan tahunan SMKBS akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh   : 27 Februari 2009 (Jumaat)
Masa       : 8.00 pagi
Tempat : Padang SMKBS
semua warga SMKBS dijemput hadir.

21 January 2009

Selamat Bersara Puan Pengetua

Warga SMKBS mengucapkan selamat bersara kepada Puan Maimunah Binti Nazarene selaku Pengetua SMK Bukit Sentosa.

Majlis Persaraan Pengetua

Salam warga SMKBS, pihak webmaster terasa akan kehilangan seorang pemimpin berwibawa. majlis persaraan pengetua SMKBS, Pn. Hjh, Maimunah Bt. Nazarene akan tiba esok 22 Januari 2009. Beliau akan bersara wajib.
Semua warga SMKBS dalam keadaan sayu dan sedih atas kehilangan seorang pemimpin yang menjiwai hati setiap warga SMKBS. Semoga Puan pengetua tidak jemu-jemu mencurahkan nasihat dan khidmat selepas persaraan. 
Bagi semua warga SMKBS mengucapkan selamat bersara, semoga hidup dalam keadaan sejahtera dan sentosa.

16 January 2009

Kejohanan Merentas Desa 2009

Kejohanan merentas desa SMK Bukit Sentosa telah diadakan pada 16 Januari 2009. Tahniah dan syabas kepada semua rumah-rumah sukan kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan kejohanan kali ini. Majlis penutupan kejohanan merentas desa telah disempurnakan oleh NYDP PIBG, En Azman Omar.
Syabas dan tahniah kepada rumah MERAH kerana menjadi juara keseluruhan. komitmen guru dan pelajar yang jitu dapat membuahkan hasil yang sempurna. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada rumah Merah.
Kejohanan ini juga dapat memupuk warga SMKBS, bersaing untuk menjadi cemerlang. Aktiviti ini juga membolehkan seluruh pelajar berpadu tanpa mengira berbezaan kaum. Masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang lahir dari tubuh badan yang sihat. 
Sekali lagi ucapan syabas dan tahniah kepada semua warga SMKBS dalam menjayakan kejohanan merentas desa tahun 2009.

05 January 2009

Selamat Kembali Ke SMK Bukit Sentosa

Kepada semua warga SMK Bukit Sentosa diucapkan selamat kembali ke SMKBS, semoga dengan tahun yang baru dan azam yang baru. Bersama mewujudkan budaya cemerlang.