SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

21 November 2010

Jamuan Akhir Tahun KGK

Tahniah! kepada semua AJK KGK 2010 di atas penganjuran jamuan akhir tahun untuk guru-guru dan kakitangan SMK Bukit Sentosa. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Buat semua guru-guru yang diraikan semoga anda berpuashati di atas layanan semua jawatankuasa kelab guru dan kakitangan. Hanya inilah yang termampu untuk anda semua. Maaf dipinta jika ada kekurangan yang berlaku.

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada KGK untuk penganjuran jamuan kali ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas sumbangan anda. Tahniah sekali lagi Jawatankuasa KGK 2010 dan buat semua ahli KGK...







15 November 2010

Program Sentosa D' Kinabalu

Fasa-fasa latihan diteruskan kembali setelah fasa 2 latihan menawan Bukit Kanching berjaya. Tahniah!! buat pendaki-pendaki SMKBS... walau perit jerih sekali pun latihan harus diteruskan demi mencapai satu tujuan iaitu menawan Gunung Kinabalu... Semoga berjaya!!!


Kini fasa 3 latihan diteruskan dengan menguji kardiovaskular pendaki-pendaki kita...
Begitu gigih para pendaki kita melakukan latihan..

Man of the coach.... pun tercungap-cungap.... anak buah lagi la....
Jauhnya puncak nak sampai.... odus!!!! .... sabar je la...
semoga berjaya kepada semua pendaki kita...


Kesihan rakan kita ni..... sampai berpeluh-peluh.... demi latihan harus diteruskan...



Sekali lagi doakan semoga pendaki-pendaki kita berjaya menawan Gunung Kinabalu...
Insaallah.....

09 November 2010

Makluman...

Kepada semua ibu bapa/ penjaga pelajar SMKBS:
Untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak masing-masing, sila layari..
LOGIN: (No. kp ibu bapa/penjaga)
PASSWORD: SIMS
Sebarang pertanyaan sila email kepada niza2u@yahoo.com atau boleh terus
menghubungi pihak sekolah di talian 03-60283611.

07 November 2010

Program Sentosa D' Kinabalu

Program Sentosa D' Kinabalu telah dimulakan perancangan mulai tahun 2008 oleh guru-guru lelaki SMK Bukit Sentosa. Kini tiba la masa yang ditunggu-tunggu untuk pendakian Gunung Kinabalu pada 22 November Hingga 26 November 2010. Semoga semua pendaki selamat sampai di puncak Gunung Kinabalu dan selamat kembali ke Bukit Sentosa. Semua warga SMKBS bersama kita mendoakan kesejahteraan pendaki-pendaki kita..... Hidup SMKBS....

Fasa-fasa latihan pendaki-pendaki


Fasa latihan seterusnya.....
nampaknya semua pendaki-pendaki kita keletihan..... moga berjaya!!! SMKBS Boleh!!