SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

12 November 2012

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua warga SMKBS..
Moga cuti sekolah dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah dan memberikan kenangan yang indah untuk dikenang :) Kepada guru-guru..selamat menjalani cuti anda dengan gembira, lupakan sejenak kerja dan tumpukan sekejap sepenuh perhatian untuk keluarga..cuba bayar balik 'masa' yang dicuri dari anak-anak dan keluarga..:) Kepada anak-anak didik..semoga tidak lupa cuti yang sekejap ini untuk menggandakan lagi usaha untuk berjaya di tahun hadapan..moga tahun hadapan membuka lembaran baru yang cukup indah untuk kalian..
Kepada semua..SELAMAT BERCUTI!
Ehh..kepada calon SPM jangan sedih..pulun dulu SPM sungguh-sungguh sebab lepas ni dapat cuti lagi lama dari kami smua ;)


06 November 2012

KURSUS VLE-FROG FASA 4

Tarikh: 06/11/2012
Hari: Selasa
Tempat: Makmal Komputer Athlon

Terima kasih kepada Tn. Hj. Abdul Karim dan guru yang terlibat atas kesudian meluangkan masa untuk sama-sama belajar VLE-Frog..semoga ilmu yang dikongsi akan dimanfaatkan dan diberkati Ilahi..aminnn :)





01 November 2012

SUMBAGAN CENDERAHATI UNTUK CALON SPM 2012

Tarikh: 2/11/2012
Hari: Jumaat
Tempat: Dewan SMKBS

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Mohd Isa B. Abu Kasim kerana sudi hadir menyampaikan sumbangan cenderahati kepada calon SPM SMKBS 2012. Semoga kehadiran YB menyuntik semangat baru kepada semua calon SPM untuk berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Terima Kasih YB!









MAJLIS RESTU GURU SPM 2012

Tarikh: 01/11/2012
Tempat: Kantin SMKBS
Masa: 7.30 pagi

"Kami merestui anak2 didik SMKBS yang bakal menduduki SPM minggu depan, doa kami akan sentiasa mengiringi anda semua, Selamat Berjaya!!!"