SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

26 May 2017

Penyampaian Hadiah Perkhemahan Daerah Kadet Bomba 2017

Pada tarikh, 18 - 20 April 2017 lepas, beberapa orang pelajar yang dari Persatuan Kadet Bomba telah mengikuti Perkhemahan Daerah Kadet Bomba bertempat di Balai Bomba Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Pelbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya ialah acara kawad hos, acara pertolongan cemas, acara ikatan dan simpulan dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan para pemenang bagi acara yang dipertandingkan.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Larian Bomba 2017

Pada tarikh 6 Mei 2017 yang lalu, seramai 175 orang pelajar telah menyertai Pertandingan Larian Bomba yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 4 orang pelajar daripada 175 pelajar telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan mendapat medal.
Antaranya ialah Prashan Naidu (tempat ke-38), Navaroshini (tempat ke-48), Dharshinee Chandran (tempat ke-62) dan terakhir sekali Muhammad Norfahmi (tempat ke-68). Ustaz Abdul Lim bin Abdul Saman adalah satu-satunya Guru Lelaki yang telah berjaya menamatkan Larian Bomba sejauh 10 KM. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Boling Tenpin MSSD Hulu Selangor 2017

Pada tarikh 3 Mei 2017, telah berlangsungnya Pertandingan Boling MSSD Hulu Selangor di Wangsa Bowl, Selayang Mall. Peserta SMKBS telah mendapat tempat Naib Johan bagi keseluruhan Pertandingan Boling Tenpin MSSD Hulu Selangor 2017. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah menaikkan nama SMKBS.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Bulan PSS

Sepanjang bulan Mac sehingga bulan April yang lepas, pihak Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah menganjurkan beberapa pertandingan sempena aktiviti bulanan PSS. 
Pada bulan Mac, pihak PSS telah menganjurkan Pertandingan Sajak Haiku, manakala pada bulan April pula, Pertandingan Cerpen 100 patah perkataan telah dianjurkan juga. Tahniah diucapkan kepada pemenang. 

23 May 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017

Sambutan Hari Guru telah diadakan di SMKBS pada tarikh 23 Mei 2017. Majlis ini telah berlangsung dengan meriah dan beraneka warna dengan pakaian yang bertemakan "Desa Tercinta". Aktiviti bacaan perutusan oleh barisan pentadbir dan ikrar guru serta nyanyian dimulakan terlebih dahulu.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang majlis Hari Guru ini. Antara acara yang melibatkan guru ialah pertandingan memasak, bermain bola sepak dan lain-lain. Terdapat juga persembahan daripada pelajar seperti nyanyian nasyid, drama dan pelbagai lagi.
Seluruh warga SMKBS ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah banyak berbakti kepada sekolah. Terima kasih, cikgu. Jasamu dikenang selalu!

18 May 2017

Cambridge English Test

Pada tarikh 18 - 19 Mei 2017, beberapa kelas yang terpilih telah membuat ujian Cambridge English Test. Pada tarikh 23 Mei 2017 pula bersambung dengan ujian yang melibatkan guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ujian ini berlangsung di Makmal Komputer Athlon, SMKBS.







17 May 2017

Kursus Pembugaran Frog VLE Menggunakan HP Yes Altitude (sesi 6)

Tarikh: 17 Mei 2017
Hari: Rabu
Masa: 1.30 pm - 2.30 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS








Kursus Pembugaran Frog VLE Menggunakan HP Yes Altitude (sesi 5)

Tarikh: 17 Mei 2017
Hari: Rabu
Masa: 11.30 am - 1.00 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS








09 May 2017

Kursus Pembugaran Frog VLE Menggunakan HP Yes Altitude (sesi 4)

Tarikh: 9 Mei 2017
Hari: Selasa
Masa: 1.00 pm - 2.30 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS


















Kursus Pembugaran Frog VLE Menggunakan HP Yes Altitude (sesi 3)

Tarikh: 9 Mei 2017
Hari: Selasa
Masa: 11.00 am - 12.30 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS


















08 May 2017

Kursus Pembugaran Frog VLE menggunakan HP Yes Altitude (Sesi 2)

Tarikh: 8 Mei 2017
Hari: Isnin
Masa: 1.00 pm - 2.30 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS










Kursus Pembugaran Frog VLE Menggunakan HP Yes Altitude (Sesi 1)

Tarikh: 8 Mei 2017
Hari: Isnin
Masa: 11.00 am - 12.30 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS