SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

30 March 2011

Mengimbau Kenangan Lama

Ramai kita lupa hal semalam, wahal semalam itu akan adanya hari ini. mari kita mengimbau kembali peristiwa semalam yang berlaku di sepanjang penglibatan kita kepada SMK Bukit Sentosa dan kita sebagai warganya....

29 March 2011

Johan MSSD 2011: Bowling & Bola Baling

Majlis Penyampaian Hadiah kepada semua pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Bowling dan Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSD 2011 yang telah berlangsung baru-baru ini.

Kejohanan Bowling Peringkat MSSD 2011
Tarikh: 09 Mac 2011
Tempat: Golf Club, Bukit Beruntung
Kemenangan: Johan Semua Kategori (Bawah 18 & 15 tahun lelaki &
perempuan)

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH 2011

Tarikh: 23 - 25 Mac 2011 Tempat: SMK Dato' Hj. Kamaruddin, KKB

Kemenangan: Johan Kategori Bawah 18 tahun lelaki

Tahniah kepada semua pelajar dan guru..
Semoga akan terus cemerlang pada masa akan datang!

20 March 2011

PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS 2011


Ujian dalam talian UKM1 merupakan saringan pertama untuk mencari pelajar-pelajar pintar cerdas berusia 8 hingga 15 tahun bagi menyertai Program PERMATApintar Negara.

  • Pelajar berusia 9-15 tahun untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Pelajar beragama Islam berusia 8 tahun (darjah 2 pada tahun 2011) untuk program Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia.
  • Pelajar berusia 15 tahun (tingkatan 3 pada tahun 2011) untuk menyertai program Pendidikan Menengah Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012.

Pendaftaran ujian boleh dibuat mulai 2 Januari 2011.

  • Pelajar baru: memasukkan Mykad/Mykid, maklumat pelajar, sekolah an ibu bapa / penjaga.
  • Pelajar lama: mengemaskini Mykad/Mykid, maklumat pelajar, sekolah an ibu bapa / penjaga.

Pelajar sekolah boleh mengambil ujian dalam talian ini melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my. Maklumat lanjut tentang program PERMATApintar Negara juga boleh diperoleh dari laman web ini. Ujian ini boleh diambil di mana-mana sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan lain-lain tempat yang boleh mencapai rangkaian Internet. Ujian saringan pertama ini adalah terbuka dan pelajar boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut hingga tamat . Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan mengambil ujian ini secara terus menerus dalam jangka masa 1 jam 30 minit untuk menjawab semua 148 soalan agar dapat membiasakan diri dengan situasi saringan kedua Ujian UKM2 yang dijalankan dengan pengawasan yang rapi dalam tempoh 2 jam 30 minit untuk 375 soalan.

::Klik di sini untuk muat turun poster Ujian UKM1 2011 yang lebih besar. ::Ujian UKM1 PERMATApintar bagi tahun 2011 sudah bermula.
semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 terlibat dalam program ini. Diharapkan semua pelajar bersedia untuk ujian tersebut. Pemberitahuan ujian akan diberitahu dari masa ke semasa.

10 March 2011

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar 2011

Tarikh: 22 Februari 2011
Hari: Selasa
Tempat: Dataran Budi SMKBS

Sekalung Tahniah untuk semua pelajar yang telah dilantik..semoga pelantikan ini mampu meniup semangat kepimpinan dan seterusnya memartabatkan nilai kepimpinan dikalangan pelajar..