SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

20 March 2011

PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS 2011


Ujian dalam talian UKM1 merupakan saringan pertama untuk mencari pelajar-pelajar pintar cerdas berusia 8 hingga 15 tahun bagi menyertai Program PERMATApintar Negara.

  • Pelajar berusia 9-15 tahun untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Pelajar beragama Islam berusia 8 tahun (darjah 2 pada tahun 2011) untuk program Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia.
  • Pelajar berusia 15 tahun (tingkatan 3 pada tahun 2011) untuk menyertai program Pendidikan Menengah Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012.

Pendaftaran ujian boleh dibuat mulai 2 Januari 2011.

  • Pelajar baru: memasukkan Mykad/Mykid, maklumat pelajar, sekolah an ibu bapa / penjaga.
  • Pelajar lama: mengemaskini Mykad/Mykid, maklumat pelajar, sekolah an ibu bapa / penjaga.

Pelajar sekolah boleh mengambil ujian dalam talian ini melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my. Maklumat lanjut tentang program PERMATApintar Negara juga boleh diperoleh dari laman web ini. Ujian ini boleh diambil di mana-mana sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan lain-lain tempat yang boleh mencapai rangkaian Internet. Ujian saringan pertama ini adalah terbuka dan pelajar boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula ujian tersebut hingga tamat . Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan mengambil ujian ini secara terus menerus dalam jangka masa 1 jam 30 minit untuk menjawab semua 148 soalan agar dapat membiasakan diri dengan situasi saringan kedua Ujian UKM2 yang dijalankan dengan pengawasan yang rapi dalam tempoh 2 jam 30 minit untuk 375 soalan.

::Klik di sini untuk muat turun poster Ujian UKM1 2011 yang lebih besar. ::Ujian UKM1 PERMATApintar bagi tahun 2011 sudah bermula.
semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 terlibat dalam program ini. Diharapkan semua pelajar bersedia untuk ujian tersebut. Pemberitahuan ujian akan diberitahu dari masa ke semasa.

No comments: