SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

29 June 2011

Memecah Rekod Malaysia

SIARAN LANGSUNG MAJLIS PELANCARAN LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2011 DI PORTAL EDUWEBTV
Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Padang Esplanade, Taiping, Perak. Acara ini akan disiarkan secara Live Streaming melalui Portal EduwebTV di alamat www.eduwebtv.com mulai jam 7.30 sehingga 9.00 pagi.

Marilah kita saksikan acara bersejarah ini yang merupakan larian terbesar yang disertai oleh murid-murid sekolah yang pernah diadakan di negara ini. Acara ini juga akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).

21 June 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tahun 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor pada tahun 2011 telah diadakan pada 17 Jun 2011 di SM Sains Hulu Selangor. SMK Bukit Sentosa telah diberikan mandat untuk menghiburkan para hadirin yang hadir pada sambutan hari guru peringkat daerah Hulu Selangor tahun 2011. Kumpulan koir SMK Bukit Sentosa telah memberikan persembahan yang amat baik sehingga menyebabkan hadirin terkesima. Tahniah diucapkan kepada para koir SMK Bukit Sentosa.