SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

28 November 2017

Majlis Mini Konvokesyen Kali Ke-13 Tahun 2017

Tarikh: 14 Oktober 2017
Hari: Sabtu
Tempat: Auditorium Haji Mansor, Akademi Bomba, KKB
Perasmian Oleh: Encik Ahmad Nasir Bin Mohd Salleh
(Ketua Unit Pengurusan Akademik, PPDHS)



07 November 2017

Sambutan Hari Sukan negara

Tarikh: 12 Oktober 2017
Hari: Sabtu

Sambutan Hari Sukan Negara Telah dirasmikan oleh Pn Norizah Binti Abdul Rahman selaku PK Kokurikulum SMKBS. 

06 November 2017

Majlis Restu Guru PT3, Bacaan Yassin & Solat Hajat

Tarikh: 06 Oktober 2017
Hari: Jumaat

Semoga anak-anak SMKBS yang bakal menduduki Peperiksaan PT3 berjaya dengan cemerlang.





Minggu PSS & Pemurnian NILAM 2017

Tarikh: 18 - 25 Ogos 2017
Tempat: PSS & Perkarangan Sekolah

¨ Program Integrasi  Kokurikulum
          Explorace &  Big Game
¨ Pertandingan Teka Tokoh & Mencari Perkataan
¨ Pertandingan ICT (FrogPlay Challenge)
¨ Bazar Baca & Jumble Sale
¨ Pertandingan Sudut Bacaan Panitia
¨ Pertandingan Debat  B. Inggeris & B. Melayu
¨ Pertandingan Sudoku
¨ Bengkel dan Ceramah Teknik Menjawab SPM
¨ Acara PPKI
¨ Pertandingan Roket
¨ Pertandingan Catur
¨ Acara Panitia Bahasa Cina, Tamil & Jepun
        (Kaligrafi Cina, Mengarang, Debat dan Menghasilkan Video)
¨ Jualan Makanan
¨ Tayangan CD
¨ Senaman ‘Chairobic’
¨ Pertandingan Congkak dan Blok Kayu (Sesi Ptg)
¨ Pertandingan Hafazan


14 September 2017

Majlis Penutup Bulan Patriotisme

Tarikh: 15 September 2017
Hari: Jumaat
Perasmian Oleh: Pn. Sukainah bt Ismail

Majlis Pelancaran Bulan Patriotisme

Tarikh: 18 Ogos 2017
Hari: Jumaat
Perasmian oleh: Tn Hj Abdul Karim bin Ihwan




14 August 2017

Semoga Berjaya!

Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan kepada semua calon PT3 dan SPM SMKBS 2017, semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang!
Tarikh Peperiksaan:
Tingkatan 5 
(14 Ogos - 18 September 2017)
Tingkatan 3
 (14 Ogos - 18 Ogos 2017)

Karnival Kemahiran PPKI Peringkat Daerah

Tahniah kepada SMKBS kerana telah menjadi tuan rumah Karnival Kemahiran PPKI Peringkat Daerah yang telah berlangsung pada 08 Ogos 2017.




Pelancaran Hari Koperasi & Integrasi Kokurikulum

Majlis Pelancaran Hari Koperasi telah berlangsung pada 07 Ogos 2017 dan telah disempurnakan oleh Tn Hj. Abdul karim Bin Ihwan.
Pelbagai Program dan pertandingan telah dianjurkan oleh pihak koperasi untuk memeriahkan sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah. 
Pada 9 Ogos 2017 telah diadakan Program Integrasi anjuran pihak koperasi sekolah iaitu pertandingan memasak dan pertandingan melukis poster.


08 August 2017

Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah 2017

Tarikh: 02 Ogos 2017
Hari: Rabu
Tempat: Teduhan Kasih
Perasmian Oleh:
PPjB Hj Hassan 'Asa'ari bin Omar
Timbalan Pengarah, 
Jabatan Bomba & Penyelamat, Selangor

07 August 2017

Majlis Peralihan Kepimpinan AMT

Majlis Peralihan Kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Pengawas 2017 kepada calon AMT 2018
Tarikh: 31 Julai 2017
Hari: Isnin

Tahniah kepada semua ahli yang tercalon.


27 July 2017

Majlis Penyampaian Hadiah

Tarikh: 28 Julai 2017 
Hari: Jumaat 
 Tahniah diucapkan kepada semua pemenang 

 1. Tempat ke-3 Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah (Pidato Sekolah Menengah) 
2. Tempat ke-2 Perkhemahan Puteri Peringkat Negeri (Kumpulan Terbaik Sekolah Menengah) 
3. Tempat ke-2 Pertandingan Deklamasi Puisi Sajak & Syair Peringkat Daerah Hulu Selangor


10 July 2017

Hari Jalinan Mesra

Tarikh: 07 Julai 2017
Hari: Jumaat
Masa: 09.00 am - 12pm/ 2.30pm - 5.00pm

Hari Jalinan Mersa merupakan satu program pertemuan diantara guru dan ibu  bapa pelajar untuk menyerahkan laporan akademik, Kokurikulum dan sahsiah pelajar. Program ini juga membuka ruang kepada guru dan ibu bapa untuk saling berbincang tentang perkembangan akademik dan sahsiah pelajar.


Tadarus Perdana Peringkat Sekolah

Tarikh: 17 Jun 2017 (Sabtu)

Pengisian Program
*Membaca Al-Quran (mengikut kumpulan)
*Khatam  Al-Quran beramai-ramai
 *Solat Dhuha
Solat Hajat
*Tazkirah 
*Amalan-amalan untuk bertemu ”Lailatul Qadr”


Majlis Berbuka Puasa 2017

Tarikh: 15 Jun 2017
Hari: Khamis
Tempat: Surau SMKBS

Berbuka Puasa secara beramai-ramai di kantin sekolah dan Solat Tarawih berjemaah di surau Al-Muqarrabin

Tentatif:
6.00 pm  - Kehadiran Pelajar & Guru
6.30 pm – Persiapan juadah berbuka puasa
7.30 pm – Berbuka puasa
7.45 pm – Solat Maghrib
8.00 pm – Makan malam
8.45 pm – Solat Isyak & Solat Tarawih

9.30 pm - Bersurai


18 June 2017

Hari Kecemerlangan Kerjaya

Pada tarikh 16 Jun 2017 yang lepas, pihak Kelab Kerjaya dan juga Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Hari Kecemerlangan Kerjaya di SMKBS. Tempat yang digunakan adalah di Bilik Kaunseling, SMKBS dan Dewan Komoniti, Bukit Sentosa iaitu bersebelahan ngan sekolah. 
Tetamu jemputan turut diundang untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang hala tuju selepas tamat persekolahan dan lain-lain. Turut dijemput pihak Kolej UNIKOP ke program ini untuk membolehkan pelajar mengetahui bidang mana yang sesuai dengan minat mereka.
Seramai 45 orang pelajar daripada Kelab Kerjaya dan ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah ditugaskan untuk membantu program ini supaya dapat berjalan lancar.

26 May 2017

Penyampaian Hadiah Perkhemahan Daerah Kadet Bomba 2017

Pada tarikh, 18 - 20 April 2017 lepas, beberapa orang pelajar yang dari Persatuan Kadet Bomba telah mengikuti Perkhemahan Daerah Kadet Bomba bertempat di Balai Bomba Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Pelbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya ialah acara kawad hos, acara pertolongan cemas, acara ikatan dan simpulan dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan para pemenang bagi acara yang dipertandingkan.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Larian Bomba 2017

Pada tarikh 6 Mei 2017 yang lalu, seramai 175 orang pelajar telah menyertai Pertandingan Larian Bomba yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 4 orang pelajar daripada 175 pelajar telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan mendapat medal.
Antaranya ialah Prashan Naidu (tempat ke-38), Navaroshini (tempat ke-48), Dharshinee Chandran (tempat ke-62) dan terakhir sekali Muhammad Norfahmi (tempat ke-68). Ustaz Abdul Lim bin Abdul Saman adalah satu-satunya Guru Lelaki yang telah berjaya menamatkan Larian Bomba sejauh 10 KM. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Boling Tenpin MSSD Hulu Selangor 2017

Pada tarikh 3 Mei 2017, telah berlangsungnya Pertandingan Boling MSSD Hulu Selangor di Wangsa Bowl, Selayang Mall. Peserta SMKBS telah mendapat tempat Naib Johan bagi keseluruhan Pertandingan Boling Tenpin MSSD Hulu Selangor 2017. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah menaikkan nama SMKBS.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Bulan PSS

Sepanjang bulan Mac sehingga bulan April yang lepas, pihak Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah menganjurkan beberapa pertandingan sempena aktiviti bulanan PSS. 
Pada bulan Mac, pihak PSS telah menganjurkan Pertandingan Sajak Haiku, manakala pada bulan April pula, Pertandingan Cerpen 100 patah perkataan telah dianjurkan juga. Tahniah diucapkan kepada pemenang. 

23 May 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017

Sambutan Hari Guru telah diadakan di SMKBS pada tarikh 23 Mei 2017. Majlis ini telah berlangsung dengan meriah dan beraneka warna dengan pakaian yang bertemakan "Desa Tercinta". Aktiviti bacaan perutusan oleh barisan pentadbir dan ikrar guru serta nyanyian dimulakan terlebih dahulu.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang majlis Hari Guru ini. Antara acara yang melibatkan guru ialah pertandingan memasak, bermain bola sepak dan lain-lain. Terdapat juga persembahan daripada pelajar seperti nyanyian nasyid, drama dan pelbagai lagi.
Seluruh warga SMKBS ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah banyak berbakti kepada sekolah. Terima kasih, cikgu. Jasamu dikenang selalu!

18 May 2017

Cambridge English Test

Pada tarikh 18 - 19 Mei 2017, beberapa kelas yang terpilih telah membuat ujian Cambridge English Test. Pada tarikh 23 Mei 2017 pula bersambung dengan ujian yang melibatkan guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ujian ini berlangsung di Makmal Komputer Athlon, SMKBS.







17 May 2017

Kursus Pembugaran Frog VLE Menggunakan HP Yes Altitude (sesi 6)

Tarikh: 17 Mei 2017
Hari: Rabu
Masa: 1.30 pm - 2.30 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS








Kursus Pembugaran Frog VLE Menggunakan HP Yes Altitude (sesi 5)

Tarikh: 17 Mei 2017
Hari: Rabu
Masa: 11.30 am - 1.00 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS








09 May 2017

Kursus Pembugaran Frog VLE Menggunakan HP Yes Altitude (sesi 4)

Tarikh: 9 Mei 2017
Hari: Selasa
Masa: 1.00 pm - 2.30 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS


















Kursus Pembugaran Frog VLE Menggunakan HP Yes Altitude (sesi 3)

Tarikh: 9 Mei 2017
Hari: Selasa
Masa: 11.00 am - 12.30 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS


















08 May 2017

Kursus Pembugaran Frog VLE menggunakan HP Yes Altitude (Sesi 2)

Tarikh: 8 Mei 2017
Hari: Isnin
Masa: 1.00 pm - 2.30 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS










Kursus Pembugaran Frog VLE Menggunakan HP Yes Altitude (Sesi 1)

Tarikh: 8 Mei 2017
Hari: Isnin
Masa: 11.00 am - 12.30 pm
Tempat: Makmal Komputer Athlon, SMKBS