SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

16 January 2009

Kejohanan Merentas Desa 2009

Kejohanan merentas desa SMK Bukit Sentosa telah diadakan pada 16 Januari 2009. Tahniah dan syabas kepada semua rumah-rumah sukan kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan kejohanan kali ini. Majlis penutupan kejohanan merentas desa telah disempurnakan oleh NYDP PIBG, En Azman Omar.
Syabas dan tahniah kepada rumah MERAH kerana menjadi juara keseluruhan. komitmen guru dan pelajar yang jitu dapat membuahkan hasil yang sempurna. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada rumah Merah.
Kejohanan ini juga dapat memupuk warga SMKBS, bersaing untuk menjadi cemerlang. Aktiviti ini juga membolehkan seluruh pelajar berpadu tanpa mengira berbezaan kaum. Masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang lahir dari tubuh badan yang sihat. 
Sekali lagi ucapan syabas dan tahniah kepada semua warga SMKBS dalam menjayakan kejohanan merentas desa tahun 2009.

1 comment:

muk_min said...

Tahniah kepada smkbs di atas kecemerlangan tahun 2009