SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

06 May 2017

Larian Bersama Bomba Sempena Hari Bomba Kebangsaan 2017

Tarikh: 6 Mei 2017
Hari; Sabtu
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur















Hari Keluarga & Pertandingan Boling KGK SMKBS 2017

Hari Keluarga untuk para guru SMKBS telah diadakan pada hari Sabtu bertarikh 6 Mei 2017 di Kelab Golf, Bukit Beruntung. Hari Keluarga ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Karim bin Ihwan selaku Pengetua SMKBS. Pertandingan yang telah dipertandingkan pada majlis ini ialah pertandingan boling, sesi pembelajaran berenang dan juga sukaneka mengikut kategori iaitu kanak-kanak serta dewasa. Semua pertandingan telah berakhir lebih kurang pukul 11.00 pagi. Selepas itu, para guru serta keluarga mereka dihidangkan makanan tengahari. Pada masa yang sama, acara penyampaian hadiah turut berjalan. Majlis ini berakhir lebih kurang pada pukul 1.00 petang.












20 April 2017

Kejohanan Catur MSSD Hulu Selangor 2017

SMKBS telah menghantar peserta ke Kejohanan Catur MSSD Hulu Selangor 2017 bertempat di SMK Taman Bunga Raya pada 10-11 April 2017. Peserta dari SMKBS banyak memenangi pingat dalam pelbagai kategori. Seramai 3 peserta SMKBS telah terpilih ke peringkat Negeri iaitu Nur Ain Syafiqah, Nur Sabrina Aqilah dan Mohd Danial Abu Hassan.
Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada guru dan jurulatih catur SMKBS iaitu En. Zulkaflli, En. Zamri, En, Zaruk Shafiq dan Ustaz Adbul Lim.
Tahniah kepada semua yang berjaya. Moga terus mengukir kejayaan cemerlang di peringkat yang lebih tinggi.