SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

18 March 2013

Pelancaran Tabung Wira Negara

Tarikh: 18/03/2013
Tempat: Teduhan Kasih, Dataran Budi SMKBS

Majlis Pelancaran Tabung Wira Negara telah dilaksanakan di peringkat sekolah SMKBS bagi mengutip dana untuk membantu wira negara yang berjuang di Lahad Datu. Semoga sumbangan warga SMKBS mampu meringankan beban para wira negara kita.


Selamat Hari Lahir!

"Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu semua..Allah selamatkan kamu..."
Selamat Hari Lahir kepada semua guru dan pelajar yang menyambut hari lahir pada bulan 3
Semoga bahagia dan diberkati selalu hendaknya..aminnn







Explore Race Kelab Pengguna Peringkat Daerah

Tahniah kepada pasukan Kelab Pengguna yang telah menyertai pertandingan Explore Race Peringkat Daerah pada 13/03/2013 dan telah meraih johan keseluruhan. Semua peserta akan membawa nama ke sekolah ke peringkat negeri. Semoga Berjaya!









Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor

Tahniah!! SMKBS menebus kekecewaan tahun lepas dengan merebut johan keseluruhan di Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor pada tahun ini. Kejohanan ini telah berlangsung  di Proton City selama empat hari iaitu dari 5 Mac - 8 Mac 2013. Ucapan tahniah juga kepada atlit sekolah yang telah di nobatkan sebagai olahragawan peringkat daerah iaitu Mohd Fauzan Shaarani. Terima kasih kepada semua guru dan atlit yang terlibat, semoga kejayaan akan terus menjadi milik SMKBS..insya-allah..:)



























05 March 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tilawah Peringkat Sekolah

Tarikh: 04/ Mac 2013
Hari: Isnin 
Tempat: Teduhan Kasih, Dataran Budi SMKBS

Tahniah kepada semua pemenang yang memenangi tempat dalam Pertandingan Tilawah Peringkat Sekolah. Pemenang tempat pertama akan mewakili sekolah untuk ke peringkat daerah.