SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

08 January 2013

Sumbangan Saguhati

Terima Kasih kepada tuan Pengetua SMKBS kerana berbesar hati meraikan pelajar-pelajar yang lulus cemerlang mendapat straight A's dalam PMR 2012 dengan pemberian saguhati kepada mereka. Semoga pemberian dari pengetua mampu menaikkan semangat pelajar PMR 2013 untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang untuk tahun ini. 
Terima Kasih Tn. Haji...
P/S: maaf tidak semua gambar 45 pelajar yang mendapat staright A's ada..
























04 January 2013

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2013

Tarikh: 31/12/2012
Hari: Isnin
Tempat: Dataran Budi/ Dewan SMKBS

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi 2013 telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat. Terima kasih...Pelbagai ragam dan gelagat para pelajar dan ibu bapa yang datang untuk mendaftarkan anak masing-masing di SMKBS sempat dirakam oleh lensa kamera kami. Semoga semangat ibu bapa dan keghairahan pelajar untuk memulakan alam sekolah menengah akan meingkatkan lagi kecemerlangan SMKBS..Selamat datang kepada pelajar tingkatan 1 SMKBS..:)




















Perhimpunan Pertama

Tarikh: 03/01/2013
Hari: Khamis
Tempat: Dataran Budi, SMKBS

Perhimpunan rasmi mingguan pertama SMKBS berlangsung dengan penuh rasa teruja melihat anak-anak didik berbumbungkan Teduhan Kasih yang suatu ketika hanya impian dan kini ternyata telah direalisasikan..Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Kepada warga pendidik diucapkan selamat memulakan tugas mendidik anak bangsa, semoga ilmu yang dicurahkan mendapat keberkatan dari Yang Esa. Kepada semua pelajar selamat menempuh tahun baru yang memungkin banyak perkara akan berlaku. Harapan kami semua semoga anda bangkit dengan azam baru untuk membuktikan SMKBS terus terunggul di Selangor! :)










   



03 January 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah


Warga SMKBS mengucapkan 'selamat kembali ke sekolah' kepada semua pelajar SMKBS khususnya. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke sekolah. Semoga tahun baru 2013 membawa kesungguhan yang berganda untuk menimba ilmu seterusnya mengecap sejuta kegembiraan di akhir tahun nanti..Amin :)