SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

24 April 2013

Johan Sepak Takraw Peringkat Daerah

Pasukan Sepak Takraw sekolah telah berjaya mendapat Johan untuk pertandingan peringkat daerah.. Tahniah!!







Johan Bahas Bahasa Inggeris Daerah

Tarikh: 10 April 2013 (Rabu)
Tempat: SMKBS

Tahniah kepada semua pembahas sekolah yang telah mengharumkan nama SMKBS. Kalian telah membuktikan SMKBS terunggul di Selangor..
Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh pelajar SMKBS amat membanggakan kami semua..
Tahniahhh!!! ;) 











23 April 2013

Johan Sahibba Peringkat Daerah

Pada 15/04/013 bertempat di SMK Bandar Baru Batang Kali telah berlangsung Pertandingan Sahibba Peringkat    daerah Hulu Selangor. sebanyak 13 buah sekolah menengah telah menyertainya. Sekolah kita telah menghantar 2 orang wakil ke pertandingan tersebut. Sijil Saguhati dimenangi oleh Nabiha Husna manakala Johan Petandingan dimenangi oleh Nurul Fazeera binti Shahriman Teruna. Nurul Fazeera akan mewakili Daerah Hulu Selangir ke peringkat negeri pada 9 Mei 2013. Tahniah!!!


17 April 2013

Baiknya hati...


"TAK PERLU JADI PANDAI UNTUK BUAT KEBAIKAN
TAK PERLU JADI HENSEM UNTUK BUAT KEBAIKAN
TAK PERLU NAK ADA NAMA YANG GAH UNTUK BUAT KEBAIKAN.."
Semuanya terpulang pada diri untuk berbuat baik..
SMKBS sangat berbangga mempunyai pelajar yang sangat amanah dan sanggup ketepikan kepentingan diri untuk memulangkan beg yang berisi puluhan ribu ringgu di dalamnya semata-mata hanya kerana amanah dan mahukan ganjaran Ilahi yang lebih baik! 
TahniahMuhammad Zulhazril b. Zulhisham..kami warga SMKBS amat berbangga..

AL-KISAH: 
Zul terjumpa briefcase tercicir di tengah jalan di TESCO Bukit Beruntung dan tanpa berfikir panjang beliau telah menyerahkan briefcase tersebut yang dilaporkan mengandungi wang tunai puluhan ribu ke Balai Polis Bukit Sentosa..


07 April 2013

Kejohanan Badminton MSSD

Tahniah kepada pasukan badminton sekolah kerana telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat ke-3 dalam Kejohanan Badminton MSSD Hulu Selangor bertempat di SMKBS2 pada 01.03 April 2013..
Kejayaan demi kejayaan yang diraih diharap dapat menjadi penguat semangat untuk SMKBS terus terunggul di Selangor!









Kejohanan Boling Tempin MSSD

KAMI JUARA LAGI!!
Tahniah kepada pasukan boling sekolah kerana telah mendapat Johan keseluruhan dalam Kejohanan Badminton MSSD Hulu Selangor sekaligus mengekalkan kejuaraan pada tahun lepas.
Tarikh: 3/4/2013
Tempat: Wangsa Bowl, selayang Mall
Tahniah juga kepada 5 orang wakil SMKBS terpilih menjadi wakil ke peringkat negeri yang akan berlangsung pada 13-17 Mei 2013 bertempat di Sunway Pyramid