SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

27 September 2010

Jamuan Hari Raya Anjuran KGK 2010

Tahniah kepada Pengerusi dan smua AJK KGK 2010 kerana telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya pada 25/09/2010. Sekalung penghargaan kepada Tn. Hj. Mat Jah b. Roslan (Pengarah PPD Hulu Selangor) dan Tn. Hj. Abdul Karim b. Ihwan (Pengetua SMKBS) kerana sudi memeriahkan majlis pada malam tersebut. Terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan yang sama-sama meramaikan majlis tersebut. Kepada semua AJK yang terlibat sepanjang majlis didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan..TQ.

22 September 2010

Percubaan SPM 2010

Selamat menduduki peperiksaan Percubaan SPM kepada semua pelajar tingkatan lima SMKBS. Doa kami warga pendidik SMKBS sentiasa mengiringi anda semua. Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Insya-Allah...

15 September 2010

Xcident Raya



Pengalaman WebMaster semasa berhari raya di kampung.... Jalan Bindu ke Parit Hj Saleh. Pengalaman sebagai satu iktibar buat semua warga SMKBS. Berhati ketika mengendalikan kenderaan, sentiasa ingat bukan kita sahaja pengguna jalan raya. Semoga warga SMKBS dilindungi Allah s.w.t sentiasa.... amin...

02 September 2010

Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Warga SMKBS ingin mengucapkan 'Selamat Bercuti' kepada semua bersempena dengan cuti pertengahan penggal ke-2 pada 4/9/2010 hingga 10/9/2010. Kami juga ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Raya Aldilfitri' yang bakal menjelang kepada semua yang beragama Islam khususnya. Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelum..Amin.