SELAMAT DATANG KE BLOG SMK. BUKIT SENTOSA

20 June 2010

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

“TEDUHAN KASIH SEGUNUNG HARAPAN”

PIBG SMK BUKIT SENTOSA

31 JULAI 2010

8:00 malam

DATARAN BUDI SMK BUKIT SENTOSA


Program MAJLIS MAKAN MALAM AMAL “TEDUHAN KASIH SEGUNUNG HARAPAN” merupakan aktiviti kemuncak yang akan dilaksanakan dalam tahun 2010. Program ini merupakan salah satu usaha untuk mengumpul dana PIBG khususnya bagi membina struktur berbumbung di Dataran Budi SMKBS. Program yang diketuai oleh Pn. Rohaya sebagai penyelaras dan Pn. Adilah sebagai penolong penyelaras ini mendapat sokongan penuh dari Tn. Hj. Mat Jah iaitu Pengetua SMKBS sebagai penasihat program dan Tn. Hj. Zakaria iaitu YDP PIBG sebagai pengerusi program. Semua guru dan AJK PIBG akan bergabung sepenuh tenaga dalam menjayakan program ini. Oleh itu, menggunung sekali harapan penganjur agar program yang dijalankan ini dapat mengumpul dana yang mencukupi bagi merealisasikan hasrat seluruh warga SMKBS.